BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 5, 2010

CINTA, HARTA ATAU RUPA???

NI PUN DIPETIK DARI BLOG BROTHER LOVE,

“Jika anda hanya boleh memilih SATU pilihan sahaja, apakah yang anda pilih? CINTA? HARTA? Atau RUPA?”

· Susah juga jika RUPA dia tidak membuatkan kita rasa sayang, feel tak ada! Macamana mahu hidup bersama? Macamana nak bermesra… tak menarik di jiwa, ‘tak steam beb!’

· Susah juga bila HARTA atau kewangannya cukup-cukup makan saja. Bagaimana nak keluar-keluar, bersiar-siar, dating OR even nak berumahtangga? Bagaimana nak membayar berbagai bil-bil bulanan? Bagaimana mahu mempunyai anak dan membeli kelengkapan untuk anak-anak pula?

· Susah juga bila tiada RUPA, tidak timbul rasa mahu berCINTA. Susah juga bila hidup dalam kesempitan, tanpa HARTA, akan berlaku tekanan dalam perhubungan yang pasti akan menghancurkan CINTA!

Pastinya, kita mahu memilih Cinta, Harta dan Rupa! But itu PERFECT! Dunia realitinya, tidak sesempurna itu.

· Kadang-kadang kita dapat memiliki rupa…tetapi kita tetap dikecewakan, kerana kecurangan berlaku apabila rupa menjadi perhatian ramai..

· Kadang-kadang kita dapat memiliki harta,…kita tetap dikecewakan cinta, kerana kekayaan menjadi punca keegoan lalu kemegahan jadi pilihan.

HGSo, kesimpulannya...tepuklah dada tanyalah iman..mana satu yang penting dalam kehidupan anda..anda hanya boleh memilih satu sahaja....fikir-fikirkanlah...

0 comments: